Tuesday, December 07, 2010

PRU13

Penuh dengan debaran. 
Bila? Sapa pon tak tau termasuk Najib sendiri (pendapat gua la).
Gua lihat PRU13 dari sudut kekuatan Islam & Melayu. Dimana kekuatan ini berada. Golongan mana yang benar-benar akan membela Islam & Melayu. Dan bagai mana ia akan dilaksanakan.
Buat masa sekarang belum ada lagi golongan yang betul-betul bertindak atas perjuangan untuk memartabatkan Islam & melayu.

Umno 
Sebuah parti yang mensasarkan perjuangan untuk kaum Bumiputra khususnya melayu, jika dilihat dari dasarnya lah. Tapi sejauh mana golongan ini merialisasikan perjuangan mereka ini rasanya semua rakyat dah tahu. bagi gua keadaan ini berlaku kerana mereka berada dalam BN. Sebagaimana kita sedia maklum yang didalam kompenan ini terdapat pelbagai golongan masyarakat pelbagai kaum. Jadi secara sendirinya dasar perjuangan UMNO sedikit tersasar demi untuk mendapat sokongan bagi tujuan untuk "BERKUASA"

PAS
Bagi gua dasar perjuangan untuk negara Islam hanya wujud dalam diri penyokong-penyokong sahaja. Pada pemimpin-pemimpin PAS ia wujud ketika bersama dengan penyokong mereka sahaja. Ini dapat kita lihat ketika pemimpin-pemimpin mereka mengulas mengenai TPM untuk DAP. Apa rasionalnya TGNA menyokong usul ini. Bagi gua sekadar untuk mendapat sokongan & undi masyarakat cina sahaja. Dari sini kita dapat melihat bahawa kesungguhan TGNA sendiri untuk Negara Islam kian terhakis. Secara logiknya, Jika jawatan PM untuk DSAI manakala TPM untuk DAP, PAS berada dimana? Apa peranan PAS dalam kerajaan PR nanti, adakah sekadar menteri-menteri biasa sahaja. maksudnya keputusan MUKTAMAT terletak dalam tangan PKR & DAP. Bagi gua ini adalah satu kekecewaan. 

DAP 
Secara amnya gua menentang perjuangan DAP dari dulu lagi, secara terang-terangan golongan ini hanya bergerak atas satu kaum sahaja. Gua tidak akan sama sekali menyokong sebarang usaha atau pun yang telah terjadi, iaitu bersetongkol dengan golongan ini.
Pergi mampus dengan DAPig!!!!!!!
Gua tak akan jual undi gua untuk DAPig.

PKR 
Gua menolak PKR bukan kerana ia PKR, tetapi kerana DSAI. Semasa beliau didalam UMNO dulu pun gua secara terang-terang menolak DSAI. Kerana satu sifat yang gua lihat pada dia yang gua paling benci adalah kerana pandai bermuka-muka demi kelangsungan beliau didalam politik negara. Bagi gua manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini sanggup menjual negara demi kepentingan politik, kekuasaan & dendamnya. Tak perlu gua jelaskan disini kerana ramai rakyat sudah mengetahuinya. Cuma kita yang perlu menilaikannya.
Untuk PKR gua harap juga pergi jahanam!!!!!!!!!

Perpaduan 
Dalam perenggan ini gua tidak secara mutlak menyokong kerajaan perpaduan yang lama dulu diperbincangkan. Gua lebih  cenderong kepada PERPADUAN yang muktlak. Perpaduan umat Islam & Melayu dimalaysia ini. Ini kerana perpecahan umat Islam & melayu dimalaysia amat ketara, tidak kira lah dari soal pendapat, sosial dan ekonomi sekali pun. Begitu banyak perpecahan. Kelemahan ini telah dimanipulasikan oleh golongan yang berkepentingan didalam politik dengan baik, secara khususnya oleh kaum lain. Gua lebih memandang dari sudut ekonomi, kita dapat lihat secara nyata kaum mana yang lebih memonopoli kekayaan ekonomi negara secara total. Dimana kekuatan ekonomi umat Islam & Melayu? Kenapa ia berlaku, tentunya kerana perpecahan yang sedia ada. Sampai bila keadaan ini terus berlaku? Bagi gua selagi berlaku perpecahan sesama Islam & melayu lah.
Gua tidak meminta PAS & UMNO bersatu, paling baik pemimpin-pemimpin Islam ini bersatu. Gunakan Ulama-ulama antara kedua-dua pihak ini untuk mencari jalan penyelesaian. Jika jalan Agama digunakan gua yakin perpecahan ini dapat dicantumkan semula.

Kepada para penyokong kedua-dua Parti yang secara tidak senaja membaca tulisan ini sila sampaikan kepada pemimpin-pemimpin kesayangan anda, itupun jika anda sayangkan Islam & Melayu.

Cuba anda fikirkan, jika pemimpin kita sanggup bersetongkol dengan non-muslim kenapa mereka-mereka ini tidak dapat bersatu demi Agama Islam & Bangsa Melayu.

"JANGAN LA DOK BINGAI SANGAT"

Nak join kat sini eik.....