Thursday, February 25, 2010

Fatwa Ustat Lim Kit Siang

Utusan Malaysia Online - Politik

Tuesday, February 23, 2010

Akal melayu tahap FELDA ja(AdukaTaruna).

Hui....
Dah lama tak menaip ni. Gua agak cibuk akhir2 ni. Kira sejak start awal tahun ni sampai la ni la. Biasa la keja kilang. Awai tahun cam ni memang banyak order. Tapi tahun ni order pon macam luaq biasa sikit. Terlalu banyak. Dah tu plak gua kena pi jaga tempat baru. Hampeh tol. Nak berak pon tak sempat, nasib bek solat Alhamdulillah. Klu tak hancusss....
Dan, gua pon buat kayu pengukur gua sendiri la, yang ekonomi dah semakin pulih. Kot ja la. Gua bukan pandai bab2 ekonomi ni. Dekat nak fail mase STPM dulu. He he....
Klu orang yg bidang lain kata ekonomi masih tak ok, gua peduli apa. Yang gua tau, sejak 3bulan lepas budak2 gua dh dapat buat overtime banyak dah. So bagi gua ekonomi kami dah bertambah & berkembang la....
Dengan tu juga, bertambah la duit kita yang keluaq pi luaq negara. Ya la, mat bangla, nepal, sri langka & etc. ramai kat tempat gua, alam 200 org. So, sorng RM1000 X 200. Lu orang kira la sendiri.
Gua bukan nak kondem bangsa gua sendiri. Tapi budak2 melayu sekarang ni tak ada kualiti. Paling hancur disiplin, pastu dadah, bab air daun ketum ni tak yah cakap la. Masalah depa ni terlalu sayang nak guna otak tu. Keja macam robot. Kesihan gua tengok. Apa nak jadi la ngan budak2 melayu ni. Bangsa lain makin maju, bangsa melayu makin mundur. Kesihan..
La ni gua tengok sistem pendidikan kita banyak melahirkan pelajar2 yang bijak jawap soalan masa peperiksaan. Tapi tak bijak untuk menggunakan ilmu. So, jadi macam robot ler. Bile sampai soal2 yang kene gua akal hancus. Lagi satu terlalu berbangga dengan kertas/sijil.
Gua cakap betul la, stakat bawak sijil jer, gua tak kagum pon. Biasanye gua memang bag peluang dulu kat die orang ni. Tapi cam biase ler, terlalu sayang nak guna akal tu.
So, korang renung2kan ler apa yang gua tulis ni. Cuba korang study tengok.
Gua nak cau dulu..
Jangan la dok bingai sangat...
Adios...

Tuesday, February 09, 2010

Kenapa ZUL KULIM (PKR) Begitu Istimewa?


Aku tertanya-tanya juga dalam hati, kenapa sudah beberapa kali Zul Kulim mengeluarkan kenyataan "celupar" yang terang-terang telah mencalarkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka, tetapi sehingga kini beliau masih lagi "tegak berdiri" tanpa dikenakan sebarang tindakan drastik lembaga displin PKR ??????????? .......... Hairan ya!? ...



Pertama, ingat lagi kita kepada Zul Kulim yang bersama-sama ramai lagi Melayu Islam menyerbu forum Majlis Penguam sewaktu mereka berforum mengenai perihal agama yang secara langsung membabitkan Islam, Zul Kulim bertegang urat untuk menyatakan hak. Secara tak langsung perbuatan Zul Kulim tersebut melanggar prinsip parti PKR yang berkehendakkan kesamarataan segalanya bagi semua umat Malaysia. Samarata kaum/bangsa, ekonomi, hak dan agama! Zul Kulim jelas menongkah arus partinya sendiri !!! Beliau ditegur oleh kepimpinan dan parti, tetapi tiada tindakan/hukuman dijatuhkan kepadanya akibat perbuatan tersebut.


Kedua ... Ingat lagi kita, Zul Kulim pernah menyelar sikap buruk pemimpin PAS (parti yang bersekongkol dengan PKR dalam satu Pakatan!), yakni dalam perihal Bai'ah atau angkat sumpah jatuh talaq jika melompat parti ... Berikutan itu, Zul Kulim secara terang-terangan telah memberikan kenyataan yang menyakitkan hati kepimpinan PAS. Beliau ditegur oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan, tetapi masih tiada dikenakan tindakan.


Ketiga, keempat dan kelima dan banyak lagi pendapat terbukanya yang menghiris hati rakan-rakan se-Parti dan se-Pakatan. Beliau tidak dikenakan tindakan oleh partinya ....


Yang terkini, beliau menghentam rakan se-Pakatannya si Khalid Samad dalam mempertahankan Kalimah Allah. Siap buat laporan polis tu!!! Mana ada dalam sejarah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Alternatif, rakan sepasukan buat repot polis terhadap rakan sepasukan!?? ... Secara tak langsung perbuatannya itu menghentam juga Anwar Ibrahim yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah! Beliau secara terang bertekak dan membuat kenyataan media terhadap rakan sepasukan (terhadap Khalid Samad dan Zaid Ibrahim). Tetapi, tindakan parti terhadap kesalahn beliau itu masih lagi samar-samar ...


Ini yang membuatkan aku hairan.
Ini yang membuatkan kita semua pelik.
Kebal sangatkah Zul Kulim terhadap lembaga disiplin parti PKR ?
Banyak salah dibuatnya, tapi hukuman masih belum kunjung tiba!
Pelik , Pelik , Pelik BIN Ajaib ....



Kenapa ya?
Mungkin kerana beliau berkawan baik dengan Anwar Ibrahim?
Kenapa ya?
Mungkin kerana panel lembaga disiplin PKR penakut?
Kenapa ya?
Mungkin kerana PKR tak mahu ambil tindakan terhadap MP nya?


Bagi aku, semua alasan di atas tidak menjadi sebab Zul Kulim "immune" dengan kesalahan dan hukuman lembaga disiplin ... itu semua bukanlah sebab kenapa beliau tidak dikenakan sebarang hukuman partinya sejak dulu.


Aku merasakan begini, Zul Kulim ini adalah salah seorang dari barisan peguambela yang dilantik oleh Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya sejak dulu.


Semua kita tahu, seseorang yang meminta peguam membela dirinya di mahkamah, WAJIB menyatakan semua maklumat adalah benar tanpa berselindung !


Bagi aku, "ada bau ikan" disebalik apa yang Zul Kulim buat selama ini ... Buatlah apa saja, hukuman tak kena sebab ZUL KULIM ADA RAHSIA BESAR ANWAR ... Sebab ini kot dia "TER-IMMUNE"/"TERKEBAL" dari sebarang hukuman ... Kabel kuat beb! Ini pandangan aku saja ... Hehehe ... Jangan mareee YB Zul yer ... gua respek sama lu!




AloQStaQ
Ahad : 12:45 AM
31/Jan/2010

http://aloqstaqblog.blogspot.com/

Friday, February 05, 2010

Penang-DAP-PKR-PAS

Peniaga melayu mengamuk di Penang. Nampak macam dibuat-buat ja kan?
Tapi ini lah hakikat sebenarnya apa yang sedang berlaku di Penang. Gua pasti, akan ada suara-suara yang akan bersuara bahawa yang ini kerja puak-puak UMNO. Itu bagi pengikut-pengikut PR. Bagi gua pulak, ini isu lama setelah PR atau khususnya DAP menawan penang. Ini bukan isu perkauman, ini isu keadilan. PR Penang yang diketuai oleh Lim Guan Eng, bagi gua juga terlalu bongok dalam tugas pemerintahan.
Kebodohan LGE dalam menangani pelbagai isu di Penang, bagi gua terlalu keras dan mengikut perasaan sendiri, tanpa memikirkan keperluan rakyat sepenuhnya. LGE di lihat seolah-olah terlalu bongkak dengan status yang diberi.
Adakah ini adalah mengapa Nabi Muhammad melarang Umat Islam dari membuat perjanjian atau bersekutu dengan musyrikin. Dan mungkin ini juga kerana masyarakat melayu Islam di Penang terlalu taksub sangat dengan sokongan & kemenangan PR di Penang pada PRU12 dahulu. Gua pernah bangkitkan hal ini kepada beberapa rakan Penang gua. Pada masa itu mereka sangat marah & menuduh gua pencacai UMNO. Hampeh betul. Apabila gua bangkitkan hal ini sekali lagi kelmarin, masing-masing hanya mengangguk sahaja.
Gua paham apa yang sedang melayu Penang hadapi. Gua tidak tuduh LGE ini perkauman, tapi nilai entiti cina terlalu menebal dalam diri dia. Dia perlu keluar dari pemikiran / nilai "cina" dia supaya setiap keputusan akan memuaskan semua kaum.
Sejak kebelakangan ini gerai-gerai haram bagi gua, tumbuh merata tempat. Seolah-olah mereka ini kebal terhadap undang-undang. Tapi apa yang gua pertikaikan disini kenapa, peniaga melayu sahaja sering diambil tindakan. Ini persoalannya...
Mungkin bagi lu orang yang tak penah / jarang sekali datang ke Penang tidak merasai apa yang gua tuliskan. Tapi bagi gua yang dah menetap disini lebih 12 tahun gua dapat menilai dari sudut rakyat bawahan. Paling banyak rugutan adalah dari peniaga-peniaga melayu. Isu kenaikan sewa gerai MPSP amnya.
Mungkin akan ada banyak tanggapan tentang tulisan gua ni, maybe yang akan kata gua anti cina, gua ni puak UMNO, gua menentang PR.
Lantak korang la. Gua cuma nak menyatakan apa yang gua lihat dan dengar sahaja. Kalau pon Penang ni di perintah sapa-sapa pon, ada gua kisah. Apa manafaat yang gua dapat. Gua tak menadah tangan minta simpati BN/PR untuk hidup. So, korang yang rase diri tu dah bagus sangat, baik berubah sebelum PRU13. Kalau tidak ada pulak yang akan kena kalih pulak..

Note: PAS tolong sedar sebelum terlambat.

Monday, February 01, 2010

Menuntut Kesaksamaan

Gua rase hampeh dengan situasi semasa sekarang nih. Macam perang dingin jer. Macam-macam isu ade. Macam biase ler ler, gua lebih follow isu Aduka Taruna nih. Akhir-akhir ni banyak kenyataan dari pihak pemerintah yang seakan-akan menolak hak demokrasi. Maaf la, gua bukan nak menentang. tapi menyatakan ketidak puasan hati gua saja.

Sabagai pemerhati gua sangat hairan, mengapa ada pelbagai pendapat dari pihak pemerintah. Ade yang kate boleh dimaafkan, dan ade pulak yang akan mendakwa. Sepatutnyer pemerintah perlu memberi satu kenyataan yang lebih konsisten, maksud gua sepatutnya hanya yang bertanggung jawab dalam suatu hal saje yang patut bersuara. Korang boleh lihat dalam kes Aduka Taruna ni. Kenyataan kedua keluar dengan menafikan kenyataan yang pertama. Pening gua, ape pendirian pemerintah sebenornyer. Bingai gua dibuatnyer. Tuan kepada pemerintah perlu mengawal Ahli-ahli pemerintah yang telah dipertanggung jawabkan.

Soal tindakan pulak. Kenapa hanya Aduka Taruna sahaja didakwa sehingga sekarang. Bagai mana dengan GutterMalaysia. Dalam Post bertajuk "Sultan of Johor is Dead! Secara terang-terang penulis blog ini telah menghina Almarhum & Allah.. Gua rasa pihak bertanggung jawab perlu membuktikan ketelusan dalam hal ni dengan segera.

Gua hanya ingin menuntut ketelusan dan keadilan dalam soal melaksanakan undang-undang sahaja. Seandainya, lu orang rasa gua tak layak untuk menuntut semua ini korang boleh hukum gua jugak.

Cadangan gua, Tuan pemerintah atau pun Ahli yang dipertanggung jawabkan dalam suatu hal perlu, lebih bertanggung jawab dalam setiap kenyataan yang di keluarkan. Seandainya terdapat kejadian dan perlukankan ulasan, Ahli-ahli yang tidak berkenaan perlu menutup mulut atau pun meminta nasihat terlebih dahulu dari Ahli yang dipertanggung jawab kan.

--Adios--

Nak join kat sini eik.....