Friday, February 05, 2010

Penang-DAP-PKR-PAS

Peniaga melayu mengamuk di Penang. Nampak macam dibuat-buat ja kan?
Tapi ini lah hakikat sebenarnya apa yang sedang berlaku di Penang. Gua pasti, akan ada suara-suara yang akan bersuara bahawa yang ini kerja puak-puak UMNO. Itu bagi pengikut-pengikut PR. Bagi gua pulak, ini isu lama setelah PR atau khususnya DAP menawan penang. Ini bukan isu perkauman, ini isu keadilan. PR Penang yang diketuai oleh Lim Guan Eng, bagi gua juga terlalu bongok dalam tugas pemerintahan.
Kebodohan LGE dalam menangani pelbagai isu di Penang, bagi gua terlalu keras dan mengikut perasaan sendiri, tanpa memikirkan keperluan rakyat sepenuhnya. LGE di lihat seolah-olah terlalu bongkak dengan status yang diberi.
Adakah ini adalah mengapa Nabi Muhammad melarang Umat Islam dari membuat perjanjian atau bersekutu dengan musyrikin. Dan mungkin ini juga kerana masyarakat melayu Islam di Penang terlalu taksub sangat dengan sokongan & kemenangan PR di Penang pada PRU12 dahulu. Gua pernah bangkitkan hal ini kepada beberapa rakan Penang gua. Pada masa itu mereka sangat marah & menuduh gua pencacai UMNO. Hampeh betul. Apabila gua bangkitkan hal ini sekali lagi kelmarin, masing-masing hanya mengangguk sahaja.
Gua paham apa yang sedang melayu Penang hadapi. Gua tidak tuduh LGE ini perkauman, tapi nilai entiti cina terlalu menebal dalam diri dia. Dia perlu keluar dari pemikiran / nilai "cina" dia supaya setiap keputusan akan memuaskan semua kaum.
Sejak kebelakangan ini gerai-gerai haram bagi gua, tumbuh merata tempat. Seolah-olah mereka ini kebal terhadap undang-undang. Tapi apa yang gua pertikaikan disini kenapa, peniaga melayu sahaja sering diambil tindakan. Ini persoalannya...
Mungkin bagi lu orang yang tak penah / jarang sekali datang ke Penang tidak merasai apa yang gua tuliskan. Tapi bagi gua yang dah menetap disini lebih 12 tahun gua dapat menilai dari sudut rakyat bawahan. Paling banyak rugutan adalah dari peniaga-peniaga melayu. Isu kenaikan sewa gerai MPSP amnya.
Mungkin akan ada banyak tanggapan tentang tulisan gua ni, maybe yang akan kata gua anti cina, gua ni puak UMNO, gua menentang PR.
Lantak korang la. Gua cuma nak menyatakan apa yang gua lihat dan dengar sahaja. Kalau pon Penang ni di perintah sapa-sapa pon, ada gua kisah. Apa manafaat yang gua dapat. Gua tak menadah tangan minta simpati BN/PR untuk hidup. So, korang yang rase diri tu dah bagus sangat, baik berubah sebelum PRU13. Kalau tidak ada pulak yang akan kena kalih pulak..

Note: PAS tolong sedar sebelum terlambat.

No comments:

Nak join kat sini eik.....