Monday, February 01, 2010

Menuntut Kesaksamaan

Gua rase hampeh dengan situasi semasa sekarang nih. Macam perang dingin jer. Macam-macam isu ade. Macam biase ler ler, gua lebih follow isu Aduka Taruna nih. Akhir-akhir ni banyak kenyataan dari pihak pemerintah yang seakan-akan menolak hak demokrasi. Maaf la, gua bukan nak menentang. tapi menyatakan ketidak puasan hati gua saja.

Sabagai pemerhati gua sangat hairan, mengapa ada pelbagai pendapat dari pihak pemerintah. Ade yang kate boleh dimaafkan, dan ade pulak yang akan mendakwa. Sepatutnyer pemerintah perlu memberi satu kenyataan yang lebih konsisten, maksud gua sepatutnya hanya yang bertanggung jawab dalam suatu hal saje yang patut bersuara. Korang boleh lihat dalam kes Aduka Taruna ni. Kenyataan kedua keluar dengan menafikan kenyataan yang pertama. Pening gua, ape pendirian pemerintah sebenornyer. Bingai gua dibuatnyer. Tuan kepada pemerintah perlu mengawal Ahli-ahli pemerintah yang telah dipertanggung jawabkan.

Soal tindakan pulak. Kenapa hanya Aduka Taruna sahaja didakwa sehingga sekarang. Bagai mana dengan GutterMalaysia. Dalam Post bertajuk "Sultan of Johor is Dead! Secara terang-terang penulis blog ini telah menghina Almarhum & Allah.. Gua rasa pihak bertanggung jawab perlu membuktikan ketelusan dalam hal ni dengan segera.

Gua hanya ingin menuntut ketelusan dan keadilan dalam soal melaksanakan undang-undang sahaja. Seandainya, lu orang rasa gua tak layak untuk menuntut semua ini korang boleh hukum gua jugak.

Cadangan gua, Tuan pemerintah atau pun Ahli yang dipertanggung jawabkan dalam suatu hal perlu, lebih bertanggung jawab dalam setiap kenyataan yang di keluarkan. Seandainya terdapat kejadian dan perlukankan ulasan, Ahli-ahli yang tidak berkenaan perlu menutup mulut atau pun meminta nasihat terlebih dahulu dari Ahli yang dipertanggung jawab kan.

--Adios--

No comments:

Nak join kat sini eik.....