Tuesday, February 09, 2010

Kenapa ZUL KULIM (PKR) Begitu Istimewa?


Aku tertanya-tanya juga dalam hati, kenapa sudah beberapa kali Zul Kulim mengeluarkan kenyataan "celupar" yang terang-terang telah mencalarkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka, tetapi sehingga kini beliau masih lagi "tegak berdiri" tanpa dikenakan sebarang tindakan drastik lembaga displin PKR ??????????? .......... Hairan ya!? ...



Pertama, ingat lagi kita kepada Zul Kulim yang bersama-sama ramai lagi Melayu Islam menyerbu forum Majlis Penguam sewaktu mereka berforum mengenai perihal agama yang secara langsung membabitkan Islam, Zul Kulim bertegang urat untuk menyatakan hak. Secara tak langsung perbuatan Zul Kulim tersebut melanggar prinsip parti PKR yang berkehendakkan kesamarataan segalanya bagi semua umat Malaysia. Samarata kaum/bangsa, ekonomi, hak dan agama! Zul Kulim jelas menongkah arus partinya sendiri !!! Beliau ditegur oleh kepimpinan dan parti, tetapi tiada tindakan/hukuman dijatuhkan kepadanya akibat perbuatan tersebut.


Kedua ... Ingat lagi kita, Zul Kulim pernah menyelar sikap buruk pemimpin PAS (parti yang bersekongkol dengan PKR dalam satu Pakatan!), yakni dalam perihal Bai'ah atau angkat sumpah jatuh talaq jika melompat parti ... Berikutan itu, Zul Kulim secara terang-terangan telah memberikan kenyataan yang menyakitkan hati kepimpinan PAS. Beliau ditegur oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan, tetapi masih tiada dikenakan tindakan.


Ketiga, keempat dan kelima dan banyak lagi pendapat terbukanya yang menghiris hati rakan-rakan se-Parti dan se-Pakatan. Beliau tidak dikenakan tindakan oleh partinya ....


Yang terkini, beliau menghentam rakan se-Pakatannya si Khalid Samad dalam mempertahankan Kalimah Allah. Siap buat laporan polis tu!!! Mana ada dalam sejarah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Alternatif, rakan sepasukan buat repot polis terhadap rakan sepasukan!?? ... Secara tak langsung perbuatannya itu menghentam juga Anwar Ibrahim yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah! Beliau secara terang bertekak dan membuat kenyataan media terhadap rakan sepasukan (terhadap Khalid Samad dan Zaid Ibrahim). Tetapi, tindakan parti terhadap kesalahn beliau itu masih lagi samar-samar ...


Ini yang membuatkan aku hairan.
Ini yang membuatkan kita semua pelik.
Kebal sangatkah Zul Kulim terhadap lembaga disiplin parti PKR ?
Banyak salah dibuatnya, tapi hukuman masih belum kunjung tiba!
Pelik , Pelik , Pelik BIN Ajaib ....



Kenapa ya?
Mungkin kerana beliau berkawan baik dengan Anwar Ibrahim?
Kenapa ya?
Mungkin kerana panel lembaga disiplin PKR penakut?
Kenapa ya?
Mungkin kerana PKR tak mahu ambil tindakan terhadap MP nya?


Bagi aku, semua alasan di atas tidak menjadi sebab Zul Kulim "immune" dengan kesalahan dan hukuman lembaga disiplin ... itu semua bukanlah sebab kenapa beliau tidak dikenakan sebarang hukuman partinya sejak dulu.


Aku merasakan begini, Zul Kulim ini adalah salah seorang dari barisan peguambela yang dilantik oleh Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya sejak dulu.


Semua kita tahu, seseorang yang meminta peguam membela dirinya di mahkamah, WAJIB menyatakan semua maklumat adalah benar tanpa berselindung !


Bagi aku, "ada bau ikan" disebalik apa yang Zul Kulim buat selama ini ... Buatlah apa saja, hukuman tak kena sebab ZUL KULIM ADA RAHSIA BESAR ANWAR ... Sebab ini kot dia "TER-IMMUNE"/"TERKEBAL" dari sebarang hukuman ... Kabel kuat beb! Ini pandangan aku saja ... Hehehe ... Jangan mareee YB Zul yer ... gua respek sama lu!




AloQStaQ
Ahad : 12:45 AM
31/Jan/2010

http://aloqstaqblog.blogspot.com/

1 comment:

pejuang said...

aku rasa YB Zul adalah pemimpin yang benar-benar sejati dan berani menegakkan yang hak. dari raut wajahnya terserlah cahaya kejujuran dan keikhlasan hatinya. kalau kita lihat dasar perjuangan nya adalah menegakkan yang hak. semoga Allah sentiasa bersamanya. Amin...

Nak join kat sini eik.....