Tuesday, January 26, 2010

Matlamat perjuangan Gua...

Gua adalah kepunden dialam maya yang dipanggil "BLOG".
Kepala hotak gua "BINGAI".

Perjuangan gua..

1st: Menafikan ketidak adilan.

2nd: Ketelusan dalam pemerintahan.

3th: Memperjuangkan kesaksamaan.

4th: Walaupon berada di tempat ke4, tapi yang paling utama pada gua NEGARA ISLAM.

Atas sebab ini lah gua bersama-sama AdukaTaruna & the gang for "PAS REFORM".
Kerana dalam pada masa sekarang hanya PAS yang bersungguh-sungguh dalam mewujudkan negara ISLAM yang TULEN. Namum apa yang dilihat, dalam pada masa yang sama PAS perlukan perubahan dari aspek kepimpinan. Dan gua juga mengaku gua bukannya Ahli PAS ataupun penyokong jumud PAS. Gua bersam PAS kerana Negara Islam.

Perjuangan kesaksamaan gua adalah kesaksamaan kepada pembahagiaan sumber kekayaan negara. Bukan hanya dimonopoli oleh piha-pihak yang tertentu sahaja. Gua tak rasa kerajaan yang memerintah sekarang telah melaksanakan kesaksamaan. Kekayaan dikongsi bersama-sama pengampu-pengampu / pencacai-pencacai sahaja.

Apa yang gua maksudkan ketelusan ialah, rakyat perlu diberitahu keadaan sesuatu pekara dengan sebenarnye. Tidak lagi ada pekara-pekara yang boleh dipertikaikan. Setiap keputusan yang akan melibatkan wang/rakyat perlu di jelaskan sebelum dilaksanakan. Bukan macam yang sedang berlaku sekarang.

Ketidak adilan. Sebab bagi gua ketidak adilan berlaku secara serius. Keadilan dari segi pendapatan Pekerja Swasta & Kerajaan. Ketidak adilan dari segi pembelajaran, kerana pemisahan pelajar melalui kelas & sekolah yang di gredkan. Keadilan dari monopoli perniagaan. Keadilan dari segi penetapan undang-undang. Keadilan dalam kes-kes rasuah. dan berbagai lagi.

Apa yang gua lontarkan disini bukan mewakili mana-mana kumpulan.
Tapi melalui telinga & mata gua sendiri.

Dan gua disini mengaku gua bukan pencacai kepada mana-mana kumpulan/puak. Gua sangat benci kepada pencacai-pencacai/pengampu-pengampu.

Gua juga nak ingatkan disini gua akan tetap menggunakan perkataan yang agak biadap/kasar sebagai penyataan kepada matlamat perjuangan gua.

..ADIOS....

No comments:

Nak join kat sini eik.....